bismillahirrohmanirrohim... dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
_________________________________________________________________________
hening malam menyapa diri.
dalam kesibukan membuat assignment yang diberi,
dalam kesibukan mencari identiti diri,
aku terus melorekkan segala rasa yang aku alami di laman ini.
aku akui, aku bukan seorang pemuitis,
bukan seorang yang bijak menyusun kata,
namun, aku gagahi juga, demi meluahkan buah fikiran ku yang mungkin hanya membuang masa mereka yang membaca.
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
sesungguhnya aku rindu.
ya, aku rindu.
rindu pada-Mu Ya Allah.
aku rindu, rindu pada mereka yang merindui-Mu.
dalam mengejar ilmu dunia,
dalam mencari kekayaan harta,
aku alpa, Ya Allah.
aku lupa. aku lupa,
lupa pada-Mu yang pemberi rezeki
mohon check diri,
mohon check hati.
kengkadang, aku terfikir.
aku sibuk mencari ilmu demi cita-cita yang aku impikan.
tapi, andai katalah, dalam proses kita nak menjadikan impian kita tu tercapai,
adakah kita mendapat redha-Nya.?
dah kalau kita lupa akan-Nya?
mohon check diri,
mohon check hati.
Ya Allah,
aku bersyukur pada-Mu Ya Allah
kerana aku diberikan sahabat2 yang mengingatkan aku pada-Mu Ya Allah.
disaat aku terkandas dengan emosi dan perasaan,
aku diselamatkan dengan alunan zikir-Mu Ya Allah.
disaat aku leka dalam perkerjaanku,
aku diingatkan dengan laungan azan-Mu yang memanggil kami untuk bertemu-Mu Ya Allah.
Allahu akbar
Allahu akbar
Allah Maha Besar
Allah Maha Besar
ku pohon Ya Allah,
agar aku sentiasa dibawah lindungan-Mu,
agar aku sentiasa mendapat rahmat-Mu,
agar aku diberi kekuatan dalam menghadapi pancaroba duniawi Ya Allah.
ku pohon Ya Allah,
ku mohon pada-Mu Ya Allah.
jangan kau sesekali tinggalkan ku Ya Allah.
sesungguhnya aku takut akan janji-Mu,
janji azab neraka bagi mereka yang ingkar pada perintah-Mu.
Allahu akbar
Allah Maha Besar
astaghfirullah hal azim
astaghfirullah hal azim
astaghfirullah hal azim... ampunkan lah dosa-dosaku Ya Allah,
rahmatilah kedua ibu-bapaku Ya Allah
dan Kau peliharalah aurat ku Ya Allah,
kerana aku tidak mahu mengheret mereka2 yang aku sayang ke neraka jahanam Ya Allah,
hanya.. ya, hanya disebabkan aku pertayangkan hiasanku, yakni auratku pada mereka yang ajnabi.
mohon jauhi, Ya Allah
mohon jauhi, Ya Allah..
berikanlah aku kekuatan Ya Allah,
ya, kekuatan dalam membantu saudari-saudari ku Ya allah.
demi mencapai nikmat syurga-Mu.
demi bersama2 mendapat redha-Mu.
izinkan aku Ya allah,
izinkan lah aku Ya Allah,
izinkan lah aku dalam mempertahankan agama-Mu Ya Allah.
nikmatnya cinta-Mu,
indahnya agama-Mu,
ingin sahaja aku khabarkan pada mereka semua.
ayuh,
ayuh,
ayuh,
bersama2 lah kita mencari cinta hakiki.
subhanaallah...
subhaanallah...
subhanaallah...
peringatan diri: bermuhasabah diri, perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik, solat sunat taubat jangan lupa, istighfar jangan tinggal, solat di awal waktu 5 kali sehari, let's try to be a better muslimah. in shaa Allah.
**coretan ku dalam bermuhasah diri, menangisi diri yang lupa pada Pencipta. meratib nasib dan bersyukur diberi sahabat yang membantu aku dalam mencari cinta hakiki. wallahualam**
Sunday, 9 November 2014
Saturday, 8 November 2014
:: Ku pilih agamamu ::
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Kyoto, Japan.
Hidup ini tidak semuanya indah. ibarat roda yang berpusing, kadang diatas dan kadang dibawah. Sakura Uryuu melepaskan keluhan perlahan. pandangannya ditalakan ke langit. Sepanjang 20 tahun dia hidup, dia tidak pernah merasakan yang dirinya sempurna. Dia termenung. Merasakan kekurangan dalam dirinya. Namun, dia tidak tahu, apa yang dia rasakan kurang. Baginya, dia merasakan satu kehilangan dan kekurangan, dan perasaan itu makin terasa seiring dengan usianya yang semakin menginjak dewasa.
________________________________________________________________________________
KLIA, Malaysia
Syakirah Hamidi
Syakirah mengerling kearah sesusuk tubuh yang
berdiri di hadapannya. Dalam diam, dia akui yang dia menyintai lelaki tersebut.
Namun, merasakan yang dirinya masih belum sempurna, dia nekad untuk berubah
demi lelaki itu. “Syafiq, kau dekat sana nanti jangan sampai lupa asal-usul
kau” ujarnya separuh bergurau. Syafik menoleh, sekilas dia tersenyum manis “ in
shaa Allah. Aku takkan sesekali lupa. Kau ingat aku ni orang yang mudah lupa
asal usul ke? Aku mesti rindu nak makan asam pedas ikan pari kau nanti” balas
Syafiq ceria. Syakirah memandang Syafiq dengan penuh kasih. Dia mengenali
Syafiq semenjak mereka berusia 5 tahun. Dialah teman sepermainan, teman
bercerita dan teman bergaduh. Baginya, Syafiq melengkapkan hidupnya. Hatinya
berbolak-balik. Dia takut sekiranya dia meluahkan perasaannya terhadap Syafiq,
dia khuatir yang lelaki itu akan menjauhkan diri darinya. Dia tidak mahu
persahabatan yang mereka ada sekarang ini terputus hanya disebabkan perasaan
yang dia ada untuk lelaki itu. Sejujurnya, dia sayang akan perhubungan ini.
Sekiranya diberi pilihan, Syakirah sanggup korbankan perasaan yang dia ada,
demi sebuah persahabatan yang berharga ini. Lamunannya terhenti apabila
mendengarkan pengumuman penerbangan Syafiq yang akan berlepas sebentar lagi.
Hatinya berat memandang langkah Syafiq yang semakin menjauh darinya. Mahu
sahaja dia berlari mendapatkan lelaki itu, namun, akalnya menghalang kakinya
dari melangkah. “Kirah, nanti kau nak kahwin, jangan lupa jemput aku. Walaupun
aku jauh, aku akan cuba hadir pada hari bahagia kau” tutur Syafiq gembira.
Syakirah tersenyum kelat. Kelibat Syafiq semakin lama semakin menghilang dari
pandangannya dan dia tahu, dengan permegiannya Syafiq dari hidupnya, perasaan
ini perlu dikunci rapi.
Syafiq Shakirin
Hatinya resah. Cemas. Gelisah. Dia memandang lama
kearah gadis manis yang berdiri di sebelah ibunya. Keluhan terdengar dari
bibirnya. “Alang risau ke nak naik flight? Berat sangat mengeluh abah dengar.”
Tegur Encik Shakirin kepada anak bujangnya itu. Syafiq tersengih. Tidak
menyangka yang perbuatannya diperhatikan. Kepala yang tidak gatal digaru.
Sekilas, dia memandang kearah Syakirah. Hatinya melonjak kegembiraan apabila
dia mengetahui yang Syakirah ada untuk menghantarnya. Hatinya berdebar laju.
Perasaannya berbelah bahagi. Raut muka Syakirah dipandang lama. Dia sedar yang
kawannya itu semakin cantik dari hari ke hari, dan dia sedar yang perasaanya
untuk Syakirah semakin bertambah seiring dengan usianya yang menginjak ke-25
tahun. Dia sudah lama meminati Syakirah. Namun, dia takut untuk meluahkan
perasaannya. Dia sedar yang Syakirah seorang gadis manis, yang menjadi rebutan
orang ramai. Sejak sekolah lagi Syakirah sering menjadi perbualan
sahabat-sahabat lelakinya. Mereka sering memuji kecantikan dan sifat rendah
diri Syakirah dan disebabkan itulah, dia tidak berani untuk memberitahu apa
yang tersimpan didalam hatinya. Syafiq terkilan, kerana dia tahu yang Syakirah
hanya menganggap dia sebagai kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Kalau boleh,
dia mahu Syakirah memandang dia sebagai seorang lelaki yang layak menjadi teman
hidupnya. Namun, dia harus tersedar dari mimpi indah itu. Realitinya, Syakirah
tidak pernah memandangnya seperti yang dia harapkan. “Kirah, nanti kau nak
kahwin, jangan lupa jemput aku. Walaupun aku jauh, aku akan cuba hadir pada
hari bahagia kau” tuturnya separuh ceria. Dia tidak mahu Syakirah perasan akan
perubahan suaranya. Syakirah hanya tersenyum. Melihatkan senyuman itu, hatinya
pedih. ‘Selamat tinggal duhai cinta yang tidak kesampaian’ desis hatinya sayu.
Dengan langkah yang berat, dia melangkah meninggalkan gadis yang dia cintai.
______________________________________________________________
notasejengkal: masih mencuba untuk selesaikan penulisan ini, tapi.... buat masa sekarang, idea untuk kembangkan cerita ini masih samar-samar... hope dapat habiskan cerita ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
