Wednesday 3 August 2011

:: marhaban ya ramadhan ::


assalamualaikum wbt... marhaban ya ramadhan.. dah masuk hari ke tiga kita berpuasa.. macam mana puasa kalian semua?? hah! jangan ponteng-ponteng puasa tahu!! hehe... berpuasa di bulan ramadhan ni termasuk dalam rukun islam kita tahu! semua mesti tahu, apa dia rukun islam kita.. ^_^ 

jadi, adik-adik, dalam bulan yang penuh barakah ni, kita mestilah berkejar-kejaran dalam merebut kebahagian untuk di akhirat. kenapa? sebabnya, dalam bulan inilah kita dapat mencari sebanyak mungkin ganjaran yang Allah swt janjikan untuk hamba-hambanya..

sepanjang kita berada dalam bulan yang penuh keberkatan ini, kita mestilah merebut segala peluang yang ada untuk mencari ganjaran yang dijanjikan.. macam mana?? hah... adik-adik boleh melakukan beberapa perkara yang sering diamalkan sepanjang berada dalam bulan ramadhan.. antaranya:


1) melakukan solat sunat terawih
**hah.. cuba tengok adik kecil ni, kecil-kecil lagi sudah tahu sembahyang.. subhanallah.. sejuk perut ibu yang mengandungkan dia..


2) tadarus al-quran
** ramai orang yang berebut-rebut nak menghabiskan bacaan al-quran mereka dalam bulan ramadhan.. banyak ganjaran yang menanti bagi mereka yang dapat khatam al-quran dalam bulan barokah ini.. subhanallah..

hah.. tu salah satu contoh yang adik-adik boleh buat sepanjang bulan ramadhan ni.. adik-adik tahu tak apa keistimewaan ramadhan?? hah,, dalam bulan ramdhan ada satu malam yang sangat istimewa iaitu malam lailatul qadar.. adik-adik, kalau boleh carilah malam lailatul qadar ini ya!! ^_^


selamat berpuasa semua!! ^_^

No comments:

Post a Comment