Tuesday 31 May 2016

:: Dia & a cup of Coffee ::

'Dear me,

Please be strong. Don't afraid to say what's in your mind. Be true to yourself. '

                Lot's of love:
                 myself


Catitan itu ditenung lama. Maisarah mengalihkan pandangannya. Senyuman dibibirnya terukir. Kanak-kanak perempuan yang bermain di hadapannya menarik minat Maisarah. Kelincahan anak kecil itu membuatkan dia tertawa kecil. Dia perhatikan tingkah anak itu sambil mengusap perlahan perutnya. Kandungannya kini menginjak 6 bulan. Bukti kasih dia dan suaminya. Matanya ditala kehadapan. Satu per satu kenangan dia terimbas. 

_______________________________________________________________

SMK Labis, 2008.

"I love you. Please go out with me!" jerit satu suara yang memeranjatkan dirinya. Maisarah pantas menoleh kearah suara tersebut. Kawan-kawannya sudah berbisik-bisik antara satu sama lain sambil tersengih-sengih. Merasakan dirinya diperhatikan, dia lantas mengalihkan pandangannya kembali kepada buku yang dibaca. Sesaat, dua saat, tiga saat. Sesusuk tubuh yang berdiri tegak dihadapannya tidak berganjak sedikit pun. Perlahan, keluhan dilepaskan. Dia mengangkat wajah. "Adik ada apa-apa nak cakap ke?" soal Maisarah. Suaranya ditekankan pada perkataan ADIK. Budak itu tersenyum senang. "Nama saya bukan adik. Nama diberi Muhammad Haiqal bin Sulaiman" tutur budak itu ceria sambil perkenalkan dirinya. "OK Haiqal, akak bukan nak sindir adik ke apa. Cuma akak tak berapa faham dengan kata-kata adik sebentar tadi. Apa yang adik nak dari akak?" soal Maisarah tenang. Budak Haiqal dihadapannya dipandang lama. "Macam yang saya dah beritahu tadi, nama saya Haiqal. Saya harap awak boleh panggil nama saya, dan bukannya adik. Buat kali keduanya, saya cakap yang saya sukakan awak dan nak awak jadi makwe saya" balas Haiqal lancar. Sejurus dia mendengar kata-kata Haiqal, dia terdengar ketawa halus dari kawan-kawannya. "Adik ni kelakarlah. Betul ke apa yang kami dengar ni? Ke adik kena buli dengan kawan-kawan adik?" soal Rahimah, kawan rapat Maisarah yang ketika itu turut berada di sisi Maisarah. Gelaknya masih bersisa. "Saya betul-betul serius cintakan awak. Saya tak main-main dalam soal hati. Jujur. Saya harap, awak dapat fikir-fikirkan confession saya ni. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." ujar Haiqal pantas berlalu. Maisarah terkelu. Tidak mampu bersuara. Dahinya ditepuk perlahan. "Aku rasa budak tu seriuslah Mai. Dia memang betul sukakan kau. Tapi, jujur aku cakap. Aku salute habis dekat si Haiqal tu. Berani dia luahkan perasaan dia pada kau. Siapa yang tak kenal kau, satu sekolah kenal. Bukan setakat kenal, budak-budak lelaki ni, kalau dengar je nama Maisarah Hanim, confirm lari lintang-pukang. Garang mengalahkan singa. Aku rasa kalau kau duduk sekandang dengan singa, singa pun takutkan kau!" Rahimah bersuara, menyokong tindakan berani Haiqal. Maisarah diam. Seketika kemudian, loceng pun berbunyi. Dia pantas bangun, menuju ke kelas. Otaknya ligat memikirkan kata-kata kawannya.

_______________________________________________________________

Gempar satu sekolah apabila peristiwa Maisarah Hanim menerima confession dari junior tersebar. Masing-masing tidak percaya dengan cerita yang didengar.  Rakan sekelasnya sibuk bertanya tentang hal yang sebenar. Bagi mereka, mereka sukar nak percaya bahawa ada orang yang meminati Queen of the Lion, dan lagi sukar nak ditelan apabila orang itu merupakan junior mereka! Maisarah tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya berdiam diri. Enggan mengulas lebih lanjut. 'Biarkan cerita ni mati sendiri. Kalau aku bersuara, nanti lain pula budak-budak ni buat spekulasi' desis Maisarah. Dalam diam, dia akui yang Haiqal memang seorang yang berani, dan dia kagum dengan sikap lelaki tersebut. Maisarah tersentak. Perkataan 'lelaki' yang terlintas di hatinya membuatkan dia gusar. Tidak menyangka yang hatinya sudah menerima Haiqal sebagai seorang lelaki, dan bukannya lagi seorang budak. Akalnya pantas menidakkan apa yang dia fikirkan. Dia memikirkan cara terbaik untuk menolak confession Haiqal tanpa melukakan hati mana-mana pihak. 

"Maisarah" tegur satu suara dari belakang. Langkah Maisarah terhenti. Sesusuk tubuh dihadapannya diperhatikan. "Saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?" sambungnya lagi. Maisarah memandang Rahimah. "Aku pergi dululah. Nanti kau tahukan nak cari aku dekat mana?" ujar Rahimah sambil berlalu meninggalkan mereka berdua. Setelah kelibat Rahimah hilang dari pandangan, Haiqal mengajak dia untuk duduk di pondok yang terdekat. "Kita duduk dekat sinilah. Nanti takdelah orang nak kata buruk pasal awak, sebab ramai yang lalu kawasan ni." tutur Haiqal prihatin. Maisarah hanya mengangguk. "Jadi, apa jawapan awak?" soal Haiqal tanpa berlengah. Maisarah menarik nafas, perlahan. "Saya minta maaf, tapi, saya tak boleh nak balas perasaan awak. Jadi, saya harap awak boleh lupakan saya." balas Maisarah satu per satu. Haiqal ketawa kecil, "hahaha, saya dah agak dah yang awak akan cakap macam tu. Tapi, untuk pengetahuan awak, saya takkan sesekali berundur dari cinta saya ni. Saya akan buat awak jatuh cinta dekat saya. Suatu hari nanti, saya yakin, awak akan dapat terima keikhlasan hati saya. So, I just want to say that, be prepared. Sebab saya akan kejar awak sehingga Allah swt mengambil kembali nyawa saya yang dipinjamkan ni." Haiqal bersuara tenang. Suaranya kelihatan yakin. Maisarah memandang tepat ke arah Haiqal. Dia tahu yang segala kata-katanya tidak akan dipandang serius oleh Haiqal kerana lelaki itu sudah nekad untuk menawan hatinya. Maisarah tersenyum nipis, dia lantas mengucapkan perkataan 'Selamat mencuba' kepada Haiqal. Mendengarkan perkataan itu, Haiqal pantas membuat aksi victory. Keriangan terpancar dimukanya. Melihatkan tingkah Haiqal yang lucu itu, membuatkan Maisarah ketawa perlahan. Bagi Maisarah, dia ingin melihat sejauh mana kesungguhan Haiqal terhadapnya. Dia bukannya mahu mempermainkan perasaan Haiqal, cuma dia ingin mencabar dirinya sendiri untuk mengenali seseorang yang bergelar Adam. Seperti mana-mana gadis, dia sendiri mahu dicintai dan mencintai. Namun, dia takut. Takut hatinya akan dikecewakan dan terluka. 'Sebaik-baik kita merancang, Allah swt lah perancang yang terbaik' detik hati Maisarah. 

_______________________________________________________________

Sehari demi sehari, Maisarah semakin dapat menerima kehadiran Haiqal dalam hidupnya. Kepetahan Haiqal membuatkan dia tersenyum gembira. Senyuman dan tawa sentiasa menghiasi wajahnya. Sedikit demi sedikit, personalitinya yang garang semakin dilupai oleh semua pelajar. "Imah, aku tengok Maisarah tu dah berubah. Aku dengar budak-budak junior cakap yang Maisarah dah tak garang macam dulu lagi. Lagi satu, aku ada dengar jugak yang budak-budak lelaki sekolah kita dah tak gerun dengar nama Maisarah Hanim, malah, mereka kata yang Mai ni comel bila senyum. Kau rasa macam mana?" soal Aina, rakan sekelas Maisarah dan Rahimah. Rahimah yang mendengar hanya mampu tersenyum. Dia juga sedar yang Maisarah sudah berubah. Dari seorang yang ditakuti ramai, kepada yang disenangi ramai. Dia juga akui yang sememangnya Maisarah seorang yang cantik dan lembut. Cuma, apabila di sekolah, Maisarah selalu mempamerkan mukanya yang garang. Tetapi, semenjak kehadiran Haiqal, Maisarah kembali menjadi dirinya yang sebenar. 'Terima kasih Haiqal. Sebab kau dah berjaya melembutkan hati Maisarah.' detik hati Rahimah. 

Sunday 9 November 2014

:: rentetan ku punya hati ::

bismillahirrohmanirrohim... dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

_________________________________________________________________________


hening malam menyapa diri. 
dalam kesibukan membuat assignment yang diberi, 
dalam kesibukan mencari identiti diri,
aku terus melorekkan segala rasa yang aku alami di laman ini.

aku akui, aku bukan seorang pemuitis, 
bukan seorang yang bijak menyusun kata, 
namun, aku gagahi juga, demi meluahkan buah fikiran ku yang mungkin hanya membuang masa mereka yang membaca.

Allahuakbar. Allah Maha Besar.
sesungguhnya aku rindu. 
ya, aku rindu.
rindu pada-Mu Ya Allah.
aku rindu, rindu pada mereka yang merindui-Mu.


dalam mengejar ilmu dunia,
dalam mencari kekayaan harta,
aku alpa, Ya Allah.
aku lupa. aku lupa,
lupa pada-Mu yang pemberi rezeki


mohon check diri, 
mohon check hati.



kengkadang, aku terfikir.
aku sibuk mencari ilmu demi cita-cita yang aku impikan.
tapi, andai katalah, dalam proses kita nak menjadikan impian kita tu tercapai, 
adakah kita mendapat redha-Nya.?
dah kalau kita lupa akan-Nya? 


mohon check diri,
mohon check hati.


Ya Allah,
aku bersyukur pada-Mu Ya Allah
kerana aku diberikan sahabat2 yang mengingatkan aku pada-Mu Ya Allah.
disaat aku terkandas dengan emosi dan perasaan, 
aku diselamatkan dengan alunan zikir-Mu Ya Allah.
disaat aku leka dalam perkerjaanku,
aku diingatkan dengan laungan azan-Mu yang memanggil kami untuk bertemu-Mu Ya Allah.


Allahu akbar
Allahu akbar


Allah Maha Besar
Allah Maha Besar


ku pohon Ya Allah, 
agar aku sentiasa dibawah lindungan-Mu,
agar aku sentiasa mendapat rahmat-Mu,
agar aku diberi kekuatan dalam menghadapi pancaroba duniawi Ya Allah.


ku pohon Ya Allah,
ku mohon pada-Mu Ya Allah.
jangan kau sesekali tinggalkan ku Ya Allah.
sesungguhnya aku takut akan janji-Mu, 
janji azab neraka bagi mereka yang ingkar pada perintah-Mu.


Allahu akbar
Allah Maha Besar


astaghfirullah hal azim
astaghfirullah hal azim
astaghfirullah hal azim... ampunkan lah dosa-dosaku Ya Allah,
rahmatilah kedua ibu-bapaku Ya Allah
dan Kau peliharalah aurat ku Ya Allah,
kerana aku tidak mahu mengheret mereka2 yang aku sayang ke neraka jahanam Ya Allah,
hanya.. ya, hanya disebabkan aku pertayangkan hiasanku, yakni auratku pada mereka yang ajnabi.
mohon jauhi, Ya Allah
mohon jauhi, Ya Allah..


berikanlah aku kekuatan Ya Allah,
ya, kekuatan dalam membantu saudari-saudari ku Ya allah.
demi mencapai nikmat syurga-Mu.
demi bersama2 mendapat redha-Mu.
izinkan aku Ya allah, 
izinkan lah aku Ya Allah,
izinkan lah aku dalam mempertahankan agama-Mu Ya Allah.


nikmatnya cinta-Mu,
indahnya agama-Mu,
ingin sahaja aku khabarkan pada mereka semua.

ayuh, 
ayuh,
ayuh, 
bersama2 lah kita mencari cinta hakiki.



subhanaallah...
subhaanallah...
subhanaallah...



peringatan diri: bermuhasabah diri, perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik, solat sunat taubat jangan lupa, istighfar jangan tinggal, solat di awal waktu 5 kali sehari, let's try to be a better muslimah. in shaa Allah.



**coretan ku dalam bermuhasah diri, menangisi diri yang lupa pada Pencipta. meratib nasib dan bersyukur diberi sahabat yang membantu aku dalam mencari cinta hakiki. wallahualam**

Saturday 8 November 2014

:: Ku pilih agamamu ::

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




Kyoto, Japan.
Hidup ini tidak semuanya indah. ibarat roda yang berpusing, kadang diatas dan kadang dibawah. Sakura Uryuu melepaskan keluhan perlahan. pandangannya ditalakan ke langit. Sepanjang 20 tahun dia hidup, dia tidak pernah merasakan yang dirinya sempurna. Dia termenung. Merasakan kekurangan dalam dirinya. Namun, dia tidak tahu, apa yang dia rasakan kurang. Baginya, dia merasakan satu kehilangan dan kekurangan, dan perasaan itu makin terasa seiring dengan usianya yang semakin menginjak dewasa. 

________________________________________________________________________________


KLIA, Malaysia
Syakirah Hamidi

Syakirah mengerling kearah sesusuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Dalam diam, dia akui yang dia menyintai lelaki tersebut. Namun, merasakan yang dirinya masih belum sempurna, dia nekad untuk berubah demi lelaki itu. “Syafiq, kau dekat sana nanti jangan sampai lupa asal-usul kau” ujarnya separuh bergurau. Syafik menoleh, sekilas dia tersenyum manis “ in shaa Allah. Aku takkan sesekali lupa. Kau ingat aku ni orang yang mudah lupa asal usul ke? Aku mesti rindu nak makan asam pedas ikan pari kau nanti” balas Syafiq ceria. Syakirah memandang Syafiq dengan penuh kasih. Dia mengenali Syafiq semenjak mereka berusia 5 tahun. Dialah teman sepermainan, teman bercerita dan teman bergaduh. Baginya, Syafiq melengkapkan hidupnya. Hatinya berbolak-balik. Dia takut sekiranya dia meluahkan perasaannya terhadap Syafiq, dia khuatir yang lelaki itu akan menjauhkan diri darinya. Dia tidak mahu persahabatan yang mereka ada sekarang ini terputus hanya disebabkan perasaan yang dia ada untuk lelaki itu. Sejujurnya, dia sayang akan perhubungan ini. Sekiranya diberi pilihan, Syakirah sanggup korbankan perasaan yang dia ada, demi sebuah persahabatan yang berharga ini. Lamunannya terhenti apabila mendengarkan pengumuman penerbangan Syafiq yang akan berlepas sebentar lagi. Hatinya berat memandang langkah Syafiq yang semakin menjauh darinya. Mahu sahaja dia berlari mendapatkan lelaki itu, namun, akalnya menghalang kakinya dari melangkah. “Kirah, nanti kau nak kahwin, jangan lupa jemput aku. Walaupun aku jauh, aku akan cuba hadir pada hari bahagia kau” tutur Syafiq gembira. Syakirah tersenyum kelat. Kelibat Syafiq semakin lama semakin menghilang dari pandangannya dan dia tahu, dengan permegiannya Syafiq dari hidupnya, perasaan ini perlu dikunci rapi.


Syafiq Shakirin



Hatinya resah. Cemas. Gelisah. Dia memandang lama kearah gadis manis yang berdiri di sebelah ibunya. Keluhan terdengar dari bibirnya. “Alang risau ke nak naik flight? Berat sangat mengeluh abah dengar.” Tegur Encik Shakirin kepada anak bujangnya itu. Syafiq tersengih. Tidak menyangka yang perbuatannya diperhatikan. Kepala yang tidak gatal digaru. Sekilas, dia memandang kearah Syakirah. Hatinya melonjak kegembiraan apabila dia mengetahui yang Syakirah ada untuk menghantarnya. Hatinya berdebar laju. Perasaannya berbelah bahagi. Raut muka Syakirah dipandang lama. Dia sedar yang kawannya itu semakin cantik dari hari ke hari, dan dia sedar yang perasaanya untuk Syakirah semakin bertambah seiring dengan usianya yang menginjak ke-25 tahun. Dia sudah lama meminati Syakirah. Namun, dia takut untuk meluahkan perasaannya. Dia sedar yang Syakirah seorang gadis manis, yang menjadi rebutan orang ramai. Sejak sekolah lagi Syakirah sering menjadi perbualan sahabat-sahabat lelakinya. Mereka sering memuji kecantikan dan sifat rendah diri Syakirah dan disebabkan itulah, dia tidak berani untuk memberitahu apa yang tersimpan didalam hatinya. Syafiq terkilan, kerana dia tahu yang Syakirah hanya menganggap dia sebagai kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Kalau boleh, dia mahu Syakirah memandang dia sebagai seorang lelaki yang layak menjadi teman hidupnya. Namun, dia harus tersedar dari mimpi indah itu. Realitinya, Syakirah tidak pernah memandangnya seperti yang dia harapkan. “Kirah, nanti kau nak kahwin, jangan lupa jemput aku. Walaupun aku jauh, aku akan cuba hadir pada hari bahagia kau” tuturnya separuh ceria. Dia tidak mahu Syakirah perasan akan perubahan suaranya. Syakirah hanya tersenyum. Melihatkan senyuman itu, hatinya pedih. ‘Selamat tinggal duhai cinta yang tidak kesampaian’ desis hatinya sayu. Dengan langkah yang berat, dia melangkah meninggalkan gadis yang dia cintai.

______________________________________________________________


notasejengkal: masih mencuba untuk selesaikan penulisan ini, tapi.... buat masa sekarang, idea untuk kembangkan cerita ini masih samar-samar... hope dapat habiskan cerita ini. 

Saturday 14 July 2012

:: Ya Allah, aku punya rasa cinta ::


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




"Assalamualaikum." tegur satu suara dari belakang. 'Aishah yang sedang berjalan, terhenti dan menoleh kearah pemilik suara tersebut. "Waalaikumsalam" "Maaf, saudari terjatuhkan nota saudari" ujar suara itu, penuh sopan sambil menghulurkan nota tersebut. 'Aishah memandang kearah kertas yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut. Dia pantas membelek nota-nota yang berada di tangannya. 'Allah, memang nota-nota aku terjatuh' ujar 'Aishah dalam hati. "Ya Allah. Terima kasih sebab tolong kutipkan nota saya yang tercicir ni. Alhamdulillah." ujar 'Aisyah penuh kesyukuran dan kegembiraan. Nota yang ada, bertukar tangan. 'Aishah sekali lagi mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada orang yang baru menolong dia tadi sebelum dia berlalu pergi menuju ke kuliah.

2 minggu berlalu,
"'Aishah, lecturer Asmadi nak jumpa awaklah. Dia suruh awak datang ke bilik dia petang ni, jam 5.00 petang" tutur Mardhiah seusai 'Aishah masuk ke dalam biliknya. Mardhiah merupakan kawan sebiliknya sejak dari hari pertama dia masuk ke universiti ini. Mardhiah jugaklah yang telah banyak membantu dia ketika dia senang dan susah. 'Aishah kehairanan. Dia memandang kearah Mardhiah yang sedang sibuk membuka jilbabnya. Mardhiah memandang sekilas kearah temannya itu. Dia tersenyum. "Awak hairan ke?" tanya Mardhiah lembut kepada 'Aishah sambil melabuhkan punggungnya di sisi 'Aishah. 'Aishah pantas mengangguk, "bukan apa Mar, tapi, siapa lecturer Asmadi tu? Saya tak kenallah. Lagi satu, apa urusan dia nak jumpa dengan saya?" ujar 'Aishah perlahan. "Macam ni, Madam Atyrah ada bagi nama awak untuk jadi assistant untuk lecturer Asmadi tu. Dia kata, awaklah yang palik layak. Sebab, pointer awak, akhlak, dan sahsiah awak mumtaz. Jadi, dia minta awak agar dapat menghulurkan bantuan dan tenaga kerja awak untuk tolong lecturer Asmadi tu." terang Mardhiah panjang lebar. 'Aishah semakin pelik, 'dalam banyak-banyak kawan-kawan aku, kenapa mak cik aku minta aku yang jadi assistant? hmmm.. mungkin ada sebabnya tak kenapa mak cik aku minta pertolongan dari aku. Inshaallah, semuanya akan baik-baik sahaja.' detiknya. menyedapkan hati sendiri. "Inshaallah Mar, saya akan cuba bantu apa-apa yang saya boleh bantu. Terima kasih sebab beritahu saya." "Alhamdulillah. Tak usahlah awak nak berterima kasih sangat. Bukan ada apa-apa pun. 'Aishah, saya nak pergi mandi dulu, rimas dah ni." tutur Mardhiah sambil berlalu ke bilik air selepas tangannya laju mencapai tuala yang elok tersangkut di penyangkutnya. 'Ya Allah, semoga dipermudahkan segalanya. amin' doa 'Aishah dalam hati.

'Aishah berhenti dihadapan pintu bilik. Di situ, jelas tertera nama Dr. Muhammad Asmadi Hakimi bin Muhammad Ali Hanafi-pensyarah sains forensik. 'Aishah terkedu. Sa... sa... sains forensik? Subhanallah. 'Aishah meraup muka dengan kedua tapak tangan. Bersyukur kerana dia dapat menolong Dr. Asmadi ini, kerana bidang sains forensik adalah bidang kesukaannya. 'Alhamdulillah. Allah swt itu Maha Mengetahui akan sesuatu yang baik buat hamba-hambanya' kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan setingi-tingginya buat yang berhak, iaitu Allah swt. Nafas ditarik perlahan. Jam tangan di telek. Tepat jam 5 petang. Dengan lafaz bismillah 'Aishah mengetuk perlahan pintu tersebut. "Masuk" kedengaran suara dari dalam. Dengan hati yang berdebar-debar, tombol pintu dipulas perlahan. "Assalamualaikum" ujarnya penuh berhati-hati. "Waalaikumsalam." jawab pensyarah tersebut. 'Aishah mendongakkan kepala. Muka pensyarah yang berada dihadapannya dipandang. "Awak ni anak sedaranya Madam Atyrah ye? Baru saya tahu." ujar pensyarah tersebut lembut. 'Aishah mengerutkan dahinya. 'Macam pernah jumpa. Tapi, dekat mana ye?' detik hati 'Aishah tertanya-tanya. "Eh, duduklah. Jangan segan-segan. Sebab lepas ni awak akan jadi assistant saya sepenuh masa." ujar Dr Asmadi, sekaligus mematikan lamunan 'Aishah. "Terima kasih, Dr." tutur 'Aishah sambil melabuhkan punggungnya di kerusi. "Sebelum tu, saya nak awak perkenalkan diri awak dulu, boleh?" pinta Dr. Asmadi. 'Aishah mengangguk. "Nama diberi Nur 'Aishah binti Muhammad. Saya berasal dari Segamat, Johor. Pelajar jurusan sains perubatan. Semester 5." tutur 'Aishah lancar. Kelihatan pensyarah muda itu mengangguk-angguk. "Sudah berpunya atau single?" spontan soalan itu keluar dari mulut pensyarah muda itu. 'Aishah tersentak. Muka Dr. Asmadi dipandang dengan penuh persoalan. Mungkin mengerti dengan pandangan 'Aishah, Dr. Asmadi ketawa perlahan. "Maaf. Bukan apa, saya cuma takut kalau awak dah berpunya, teman lelaki awak akan marah dekat saya sebab jadikan awak assisstant saya. Itu sahaja sebabnya. Awak jangan salah faham" ujarnya dengan sisa tawa. 'Aishah tersenyum. "Kalau sebab tu, Dr. tak perlu risau. Inshaallah, tiada sesiapa yang marah" ujar 'Aishah tenang. Kelihatan Dr. Asmadi tersenyum. "Kalau macam tu, awak boleh tinggalkan nombor telefon awak, agar saya mudah untuk hubungi awak bila saya perlukan apa-apa. Kalau awak dah takde apa-apa lagi, awak boleh balik. Terima kasih kerana luangkan masa dengan saya." ujar Dr. Asmadi dan meneruskan kerjanya. 'Aishah pantas meninggalkan nombor yang boleh dihubungi oleh Dr. dan berlalu meninggalkan bilik tersebut selepas mengucapkan terima kasih. Perlahan-lahan 'Aishah melangkah kearah biliknya dengan harapan, semoga segalanya akan berjalan dengan baik.

Sebulan berlalu,
'Aishah menjalankan tugasnya sebagai assisstant kepada Dr. Asmadi seperti hari-hari yang sebelumnya. Kedengaran bunyi telefon dari beg sandangnya. 'Aishah pantas menoleh dan menggapai telefon bimbitnya. Skrin telefon dipandang. Jelas tertera nama Ummi. 'Aishah tersenyum. Lantas, punat hijau ditekan, dan telefon dibawa ke telinga. "Assalamualaikum ummi. Apa khabar, ummi sihat?" tanya 'Aishah. "Waalaikumsalam. Alhamdulillah, abi dan ummi sihat walafiat. 'Aishah pula macam mana? Kerja dengan Dr. Asmadi okey tak?" tutur umminya lembut. "Alhamdulillah ummi. Senang kerja dengan Dr. Asmadi. 'Aishah buat kerja pun tak ada masalah nak beri kerjasama. Orangnya sangat memahami." "Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. 'Aishah, ummi sebenarnya telefon 'Aishah ni sebab ada benda yang ummi nak tanya dekat 'Aishah." pinta ummi 'Aishah secara tiba-tiba. 'Aishah yang mendengar, terasa hairan. "Ummi nak tanya apa dekat 'Aishah?" soalnya. "Macam ni 'Aishah, semalam ada satu keluarga ni datang untuk merisik kamu. Orangnya kamu kenal, dan Ummi nak tahu pendapat 'Aishah pasal lelaki ni. Kalau 'Aishah setuju, Ummi akan minta keluarga tu untuk hantar rombongan meminang kamu. Jadi, apa pendapat kamu?" ujar Umminya. 'Aishah yang mendengar, tersentak. Jantungnya berdebar-debar. 'Ya Allah, insan yang mana berani untuk meminang aku?' soalnya di dalam hati. 'Aishah sedar, disebabkan dia seorang yang amat mementingkan agama dan menjaga tingkah laku, tak ramai lelaki yang berani dekat dengannya. Walaupun ada segelintir yang ingin berkawan rapat dengannya, namun selepas 'Aishah meminta agar lelaki tersebut untuk meminta izin daripada abi dan umminya untuk berkawan dengannya, mereka kemudiannya menjauhkan diri dari 'Aishah gara-gara dia dikatakan berfikiran kolot dan bajet muslimah. Disebabkan itu, 'Aishah tidak pernah menyimpan sebarang perasaan terhadap mana-mana lelaki dan dia tidak pernah bermimpi langsung bahawa dia akan dipinang dan menjadi isteri orang suatu hari nanti. Bagi 'Aishah, sebagai khalifah Allah yang sangat kerdil disisi-Nya, dia ingin menjalankan suruhan-Nya dengan penuh tanggungjawab. 'Namun, siapakah yang berani untuk melamarnya dirinya untuk menjadi isteri?' detik hatinya lagi. "'Aishah sayang, kamu dengar tak apa yang ummi katakan ni?" soalan umminya mengejutkan dirinya. "Ya ummi, 'Aishah dengar. Ummi, tadi ummi kata, 'Aishah kenal orangnya. Kalau ummi tak kisah, boleh 'Aishah tahu siapa orangnya?" soalnya berhati-hati. Umminya terdiam seketika. 'Aishah menjadi semakin hairan, "Ummi?" "Orangnya ada dekat dengan kamu, kamu sahaja yang mungkin tidak sedar. Ummi tak dapat nak beritahu kamu, kerana keluarga mereka meminta agar kamu fikir sebaik-baiknya. Bagi mereka, biarlah 'Aishah terima anak lelaki mereka kerana agamanya, dan bukan paras rupa ataupun harta kekayaannya. Jadi, ummi harap, 'Aishah akan fikir sebaik-baiknya ya sayang. Lusa, ummi akan telefon 'Aishah balik untuk meminta kata putus dari 'Aishah. Ummi letak telfon dulu, belajar elok-elok nak. Sembahyang jangan sekali lupa. Ingat pesan ummi ni. Ummi letak dulu, assalamualaikum." tutur ummi 'Aishah tenang. "Waalaikumsalam ummi." jawab 'Aishah sambil memutuskan talian. 'Orangnya ada dekat dengan kamu, cuma mungkin kamu sahaja yang tidak menyedari kehadirannya' kata-kata umminya sebentar tadi terngiang-ngiang di kepalanya. 'Siapa?' soalnya lagi untuk kali yang ke berapa. Hatinya runsing memikirkan permintaan umminya. "Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam memberikan keputusan agar pilihan yang akan aku buat selepas ini adalah yang terbaik, Ya Allah. Amin" doa 'Aishah perlahan. Dia menyerahkan keputusan ini pada yang berhak. 

Hari yang ditunggu 'Aishah akhirnya tiba. Pada hari ini, 'Aishah akan diijabkabulkan. 'Aishah masih teringat lagi permintaan umminya 3 bulan yang lepas. Setelah umminya memberitahu akan tujuan umminya menelefon dia pada petang itu, 'Aishah menjadi tidak keruan. Sepanjang hari dia memikirkan permintaan umminya itu. Hatinya runsing. 'Mintalah petunjuk dari Allah swt, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamabanya' detiknya didalam hati. Lantas, ayunan kakinya dihalakan kearah bilik mandi bagi mengambil wudhu'. 'Aishah sedar, dalam keadaan ini, hanya pada-Nya kita boleh berharap dan berserah. Telekung yang tersidai si hujung kepala katilnya dicapai lalu disarungkan. Takbir diangkat. Perlahan-lahan, dia hanyut dalam bacaan solatnya. Seperti yang dijanjikan, umminya menelefon. Punat hijau ditekan. "Assalamualaikum ummi" ujarnya selepas telefon bimbitnya ditekap di telinga. "Waalaikumsalam 'Aishah. Macam mana? Kamu sudah ada jawapannya?" tutur umminya lembut. "Inshaallah ummi. 'Aishah serahkan segalanya kepada abi dan ummi. Apa yang terbaik buat abi dan ummi, terbaiklah buat 'Aishah juga. Alhamdulillah, 'Aishah sudah ada jawapan kepada permintaan ummi tu. 'Aishah akan terima dirinya kerana agama yang dianutinya itu, ummi. Mudah-mudahan, dia mampu membimbing 'Aishah dalam mengejar cinta-Nya." jawab 'Aishah tenang. Dia yakin dengan jawapannya kali ini. Dia yakin dengan qadak dan qadar yang diaturkan oleh-Nya. "Alhamdulillah syukur. Inshaallah 'Aishah, dia dapat membimbing kamu. Alhamdulillah, akhirnya ummi dapat juga menantu. Terima kasih sayang." ujar umminya kegembiraan. Setelah berbincang dan berbual seketika, talian telefon dimatikan. 'Aishah terdiam. Dia termenung, memikirkan apa yang akan berlaku pada hari-hari yang mendatang. Tolakan pintu mengejutkan 'Aishah. Dipandang pemilik tubuh tersebut. Dr. Asmadi! Kalau dihitung-hitung, dia sudah berkhidmat untuk Dr. Asmadi lebih kurang bulan lebih. 'Apa yang Dr. Asmadi akan anggap dirinya selepas dia sudah bertunang? Adakah dia akan cakap yang aku tidak matang kerana mahu berkahwin awal? Atau, adakah dia akan memberikan kata-kata nasihat? Ahh... aku tidak tahu apa yang berada dalam pemikirannya itu.' detik hati 'Aishah. Astaghfirullahalazim... Ya Allah. Apa yang aku sedang fikirkan ni? 'Aishah cepat-cepat mengucap. Sedar akan dirinya yang tidak berhak hendak digandingkan dengan seseorang seperti Dr. Asmadi. 'Aishah semakin takut. Ya! Takut kerana dia sedar yang dirinya meminati Dr. Asmadi. 'Ya Allah, sesungguhnya dialah orang pertama yang dapat membuka pintu hatiku. Namun, tiada jodoh antara kami.' luahnya perlahan. Cintanya untuk Dr. Asmadi perlu dia lupakan kerana dia bakal menjadi tunangan orang. Seseorang yang dia tidak tahu nama mahupun rupa.



"Aku terima nikahnya Nur 'Aishah binti Muhammad dengan mas kahwinnya sepersalinan telekung dan senaskhah Al-quran" tutur pengantin lelaki lancar. "Sah" "Sah" "Sah" Dengan sekali lafaz, 'Aishah kini sah bergelar isteri. Air matanya menitis. Umminya yang duduk disebelahnya menitiskan air mata. 'Aishah sedar, kini dia akan memikul tanggungjawab yang lebih besar apabila dia bergelar isteri. "Assalamualaikum" terdengar satu suara di balik langsir. Debaran didada semakin 'Aishah rasai. Akhirnya, dia dapat berjumpa dengan orang yang baru sahaja bergelar suaminya. Nafas ditarik perlahan. Muka ummi disebelahnya dipandang. "Waalaikumsalam" jawab umminya. Debaran di dada di rasakan semakin kencang. Langsir di selak. Derapan kaki, 'Aishah amati satu persatu.  "Assalamualaikum sayang" ujar suaminya lembut. 'Aishah pantas menjawab salam, dan menghulurkan tangan bagi menyalami suaminya dan mencium lembut tangan suaminya itu. Tangannya menggeletar. Seketika kemudian, terdengar ketawa halus dari hadapannya. "Tangan sayang sejuknya. Hehe... bukan sayang seorang sahaja yang nervous, abang pun nervous jugak" balas suaminya ceria sambil mencium ubun-ubun 'Aishah. 'Aishah terasa damai. 'Ya Allah, berkatilah perkahwinan kami ini Ya Allah' doa 'Aishah dalam hati. Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Dia ingin melihat, siapakah suaminya. 'Aishah terpempan. Subhanallah. Air matanya menitis untuk sekian kalinya. Sesungguhnya, dia amat bersyukur. Sedar yang dia membuat pilihan yang terbaik.


"Alhamdulillah. Abang, sayang betul-betul nak ucapkan terima kasih sebab sudi memilih sayang." ujar 'Aishah lembut kepada suaminya yang duduk di sampingnya. "Abang pun nak ucapkan terima kasih dekat sayang sebab sudi jugak sayang nak terima abang. Abang ingat, sayang tak sudi. Iyalah, mana taknya, senyap je bila datang kerja untuk abang." ujar suaminya sambil ketawa. 'Aishah yang mendengar, turut tertawa. Dia mengangguk. "Iyalah. takkan sayang nak layan-layan abang ke atau sesiapa. Dah nama pun 'Aishah ni bekerja untuk abang. Takkanlah sayang nak main-main masa kerja. Tak gitu, Dr. Asmadi?" jawab 'Aishah sambil mengusik suaminya itu. Dr. Asmadi tersenyum. "Sebab tulah, abang pilih sayang. Sayang ingat tak macam mana kita boleh jumpa?" soal Dr. Asmadi sambil memandang muka isterinya yang baru seminggu dinikahi. "Bukan kita jumpa masa sayang datang bilik abang tu ke?" soal 'Aishah kembali. Dr. Asmadi menggeleng, "Bukanlah. Kita dah pernah terjumpa secara tak sengaja. Sayang tak ingat ke?" balas Dr. Asmadi, cuba mengingatkan isterinya itu. 'Aishah pantas menggeleng. Dr. Asmadi tersenyum, "Masa tu, nota sayang terjatuh. Lepas tu, abang yang tolong kutipkan untuk sayang. Haa.. dah ingat dah sekarang?" 'Aishah termenung seketika. Cuba mengingati kembali. Riak mukanya berubah. Ya! Dia sudah ingat. 'Ya Allah, patutlah rasa macam pernah jumpa je' desis hati 'Aishah. Dia kemudian mengangguk. "Sesungguhnya Allah swt itu Maha Mengetahui kan abang? Tak sangka pula sayang yang kita akan berjodoh. Masa ummi telefon sayang cakap ada orang datang nak masuk meminang, sayang cepat-cepat cuba lupakan abang. Sebab masa tu, sayang dah mula sayangkan abang. Tapi, selepas sayang terima rombongan tu, sayang terus lupakan  rasa cinta sayang kepada abang. Namun, Allah swt itu memang pandai merancang. Rupa-rupanya, orang yang masuk meminang sayang, rupa-rupanya abang. Masa sayang tengok muka abang lepas upacara pembatalan air sembahyang, sayang betul-betul bersyukur." akui 'Aishah jujur. Ya! Sememangnya dia benar-benar bersyukur, suaminya adalah Dr. Asmadi. Lelaki pertama yang membuatkan dia jatuh cinta. Kini, suaminya itulah cintanya yang terakhir. Dr. Asmadi pantas mengucup tangan isterinya. "Terima kasih sayang." ujar suaminya terharu. 'Aishah tersenyum bahagia. "Tapi, sejak bila abang sukakan sayang? Lepas tu, lepas kita dah bertunang, abang langsung tak tunjukkan apa-apa pun dekat sayang."



"Sejak pertama kali abang terserempak dengan sayang, abang dah nekad nak jadikan sayang suri hidup abang. Isteri, dan ibu kepada anak-anak abang. Kebetulan, masa tu, abang memang perlukan assisstant. Abang minta tolong senior abang, Madam Atyrah. Dia yang cadangkan nama sayang. Bila sayang datang ke pejabat abang masa tu, abang betul-betul terkejut. Abang rasa, jodoh abang dengan sayang betul-betul kuat. Alhamdulillah, masa tu abang tahu yang sayang belum berpunya. Lepas sayang keluar je dari pejabat abang, abang terus telefon ibu, cakap yang abang nak kahwin dengan sayang. Kebetulan, ibu abang tu bersahabat baik dengan ummi. Alhamdulillah, abang seronok sangat bila sayang terima lamaran abang, walaupun sayang tak tahu siapa orangnya. Sebab kenapa abang tak tunjukkan apa-apa reaksi sebab, abang nak jaga hubungan kita. Abang tak nak dengan status 'tunang', bermaksud abang berhak keatas semuanya. Jadi, macam tulah. Sekarang, alhamdulillah. Abang lega dah yang sayang dah jadi isteri abang. Terima kasih sayang" ujar suaminya panjang lebar. 'Aishah terharu. "Terima kasih abang" itu sahaja yang mampu 'Aishah katakan. 'Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Jagalah hati kami semoga cinta kami kekal hingga ke anak cucu dan sampai ke Jannah. Inshaallah. Amin' pinta 'Aishah dalam hati. 

-tamat-



Sunday 11 December 2011

:: pimpinlah aku ke jalan cintaNya ::

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



Deruan angin menampar halus ke pipinya. Tudung yang dipakainya sedikit senget. Pantas dia membetulkan kembali tudungnya. Pandangannya dilempar ke lautan lepas. Kata-kata akaknya, Aishah sebentar tadi seolah-olah bermain-main di kepalanya. "Adawiah, bukan akak mahu memaksa kamu untuk menerima pinangan ini. Tetapi berapa banyak lagi pinangan yang datang, kamu ingin tolak? Akak risau kamu tidak dapat mendirikan rumahtangga pada usia kamu ini. Akak harap kamu dapat terima pinangan kali ini. Dia seorang lelaki yang baik Adawiah. Fikirlah sebaik-baiknya." Adawiah menutupkan matanya, berharap agar kata-kata akaknya itu hilang dari pendengarannya.  Bukan dia tidak mahu, cuma baginya biarlah jodoh itu datang sendiri. Dia tidak mahu akaknya mencarikan jodoh untuknya. Dia bukannya barang dagangan yang perlu dicanang-canang. Dia sedar, ramai wanita yang umur sepertinya kebanyakannya sudah berumahtangga. Malah, ada segelintir teman-teman sekolahnya dulu telah mempunyai dua cahaya mata. Sedangkan dirinya, masih keseorangan. Adawiah teringat akan kata-kata teman sekuliahnya sewaktu dia menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dulu, Zainab mengatakan bahawa dia tidak mempunyai hati dan perasaan. Sebab itulah dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki pun. Dan Adawiah yakin, ramai lelaki tidak berani untuk masuk meminangnya kerana dia bertudung labuh. Bagi Adawiah, dia tidak kisah sekiranya dia di'label' sebegitu. Kerana dia yakin, Allah SWT itu Maha Mengetahui akan tiap sesuatu. Dia pasrah.

Sebulan berlalu. Untuk kesekian kali, dia menolak pinangan yang datang dari teman akaknya yang datang sebulan lalu. Akaknya, Aishah sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk memujuk dirinya agar membuka pintu hatinya untuk seseorang yang bergelar Adam. Bagi Adawiah, hanya seorang Adam yang layak dihatinya. Sehingga waktu itu tiba, dia akan terus bersabar menanti kedatangan Adam yang dijanjikan oleh Allah SWT. 

Suatu hari, dia mendapat surat dari teman akaknya yang ditolak pinangannya. Melalui isi surat tersebut, lelaki berkenaan ingin bertemu dengannya untuk meminta penjelasan dari tindakan Adawiah. Tarikh dan tempat perjumpaan dibaca sepintas lalu. Seketika kemudian, dia meletakkan surat tersebut di meja kerjanya. Keluhan dilepaskan. Tidak selesa. Ya! Itulah yang dirasakan oleh Adawiah ketika ini. Dia tidak selesa apabila diminta berjumpa dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya. Sedangkan berbalas mesej dengan lelaki pun dia tidak berkenan, apatah lagi mahu berjumpa. Adawiah termenung. Berfikir bagaimana caranya untuk dia menerangkan perkara yang sebenar kepada lelaki tersebut. Buntu. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk bertanyakan pada akak sepejabatnya, Kak Fatimah. Adawiah telah menganggap Kak Fatimah seperti akaknya sendiri. Setiap kali ada perkara yang mengganggu fikirannya, pada Kak Fatimahlah dia mengadu. Kak Fatimah pula akan menenangkan dirinya dengan memberi nasihat dan bercerita tentang kisah-kisah  puteri Rasulullah SAW yang tetap sabar walaupun diuji oleh Allah SWT. 

Langkah dihala ke arah meja Kak Fatimah. "Assalamualaikum akak" sapa Adawiah apabila dia sampai di meja Kak Fatimah. "Waalaikumsalam. Oh, Adawiah. Adawiah cari akak ni ada apa-apa ke?" tanya Kak Fatimah lembut. Adawiah yang mendengar tersenyum manis. Dia duduk berhadapan dengan Kak Fatimah. Wajah tenang Kak Fatimah dipandang. "Adawiah nak minta pendapat akak sikit. Akak tahukan yang sebulan lepas Adawiah ada menolak pinangan yang datangnya dari teman Kak Aishah?" soalnya perlahan-lahan. Kak Fatimah memandang sejenak kearahnya sebelum mengangguk. "Kenapa Adawiah tanya? Lelaki tu nak jumpa Adawiah ke?" serkap Kak Fatimah sambil tersenyum. Adawiah mengangguk perlahan sebelum dia menundukkan pandangannya. Dia tidak tahu bagaimana Kak Fatimah boleh meneka dengan begitu tepat sekali. Sedar akan ketidakselesaan Adawiah, Kak Fatimah lantas memegang lembut tangan Adawiah. Diusapnya perlahan bagi menenangkan gelora hati Adawiah yang tidak keruan itu. "Bila dia nak jumpa dan dekat mana? Biar akak temankan Adawiah. Tak manis kalau Adawiah berdua sahaja berjumpa dengan lelaki tu. Takut menimbulkan fitnah." ujar Kak Fatimah lembut. Adawiah mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah Kak Fatimah dengan rasa tidak percaya. Ya Allah, sungguh baik hati wanita dihadapannya ini. Terharu dengan kebaikan yang dihulurkan, Adawiah pantas memeluk tubuh Kak Fatimah. Sesungguhnya dia bersyukur kerana diperkenalkan dengan Kak Fatimah. Terima kasih Ya Allah.

Adawiah perlahan-lahan menuju ke sebuah restoran yang dijanjikan. Seorang pelayan membawanya ke suatu sudut yang agak agak jauh dari pandangan pelanggan lain. Adawiah tidak selesa. Dipandang wajah Kak Fatimah yang sedari tadi menemaninya. Terpancar kerisauan diwajah Adawiah. Kak Fatimah menyuruhnya agar bertenang. Adawiah cuba melangkah dengan tenang. Seketika kemudian dia terlihat seorang lelaki yang dia tidak berapa kenal menunggu di meja yang ditunjukkan oleh pelayan tersebut. Lelaki itu menoleh. Dia menyambut kedatangan Adawiah dengan sebuah senyuman. Dia mempersilakan Adawiah duduk. "Nampaknya awak datang berteman" tanya lelaki tersebut. Adawiah diam. "Awak dengan teman awak nak order apa-apa? Orderlah, saya bayar" ujar lelaki itu lagi. "Tidak mengapa. Terima kasih atas pelawaan saudara. Saya datang sini agar saya dapat selesaikan persoalan saudara. Itu sahaja." jawab Adawiah lembut. Keluhan terdengar dari mulut lelaki tersebut. Sesaat. Dua saat. Suasana sunyi menyelubungi kami. "Saya yakin, nama saya pun tentu awak tak tahu bukan? Nama saya Azhar. Nama awak Nur Rabiatul Adawiah binti Muhammad bukan? Saya kawan sepejabat akak awak." tutur lelaki yang bernama Azhar itu. Adawiah mengangguk. Dia tahu yang lelaki dihadapannya ini teman sepejabat akaknya. Tetapi, dia tidak pernah ambil tahu akan nama lelaki tersebut. Sedar akan kesalahannya kerana tidak tahu akan nama lelaki tersebut membuatkan dia rasa bersalah. Dia khuatir lelaki tersebut akan menganggap yang dia tidak menghormati lelaki itu. "Saya minta maaf sebab tidak pernah tahu akan nama saudara." tutur Adawiah perlahan. Lelaki tersebut tersenyum. "Tak mengapa. Saya memang dah dapat duga yang awak tak tahu nama saya. Jangan Adawiah rasa bersalah pula. Kalau macam tu, boleh saya dengar sendiri penjelasan dari mulut Adawiah sendiri kenapa awak menolak pinangan saya? Bukan saya nak marah awak atau menyalahkan awak. Cuma, saya nak tahu apa kekurangan saya dimata awak." soal Azhar tenang. Adawiah memandang seketika Kak Fatimah. Kak Fatimah memegang tangan Adawiah. Adawiah memegang erat tangan Kak Fatimah. Dia ingin meminjam kekuatan Kak Fatimah. Ya! Ketika ini dia lemah. Nafas ditarik perlahan. "Saya mencari seseorang yang mampu membimbing saya menjadi isteri yang solehah. Yang mampu mendidik saya agar saya dapat terus mencintai Ya Rabb. Bukan saya maksudkan yang awak ini tidak baik. Tidak! Cuma, hasil Istikharah saya, bukan awak orangnya. Itu sahaja yang mampu saya katakan. Lagi satu, saya nak awak tahu yang saya tak berkenan apabila awak meminta saya berjumpa awak disini. Kalau awak nak berbicara, datanglah berjumpa keluarga saya. Disitu silap awak yang saya tidak berapa suka. Maaf kalau awak terasa dengan kata-kata saya. Saya cuma cakap apa yang saya rasa. Sebab itu saya membawa teman bersama saya, kerana berjumpa secara berdua-duaan tidak manis kalau dipandang orang. Saya takut akan berlakunya fitnah." tutur Adawiah perlahan. Berharap lelaki tersebut dapat memahami.

Terdengar ketawa kecil dari lelaki tersebut. Kemudian lelaki tersebut mengangguk perlahan. "Maaflah kalau saya buat awak tak selesa. Silap saya." keluhan dilepaskan. "Terima kasih sebab sudi berjumpa dengan saya dan memberitahu sebab sebenar kenapa awak tolak pinangan saya." ujar Azhar perlahan. "Saya harap awak akan dapat bertemu dengan Adam awak. Dan doakan saya agar saya dapat Hawa yang sebaik awak." pinta Azhar. Adawiah menggeleng perlahan. "Saya bukan seorang wanita yang baik. Saya masih banyak lagi kekurangan. InshaAllah, saudara akan dapat berjumpa dengan Hawa saudara. Bukankah setiap kejadian itu dijadikan berpasang-pasangan. Yakin dan percayalah pada setiap ketentuan Allah SWT itu. Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Assalamualaikum." tutur Adawiah senang sambil berlalu meninggalkan Azhar. "Waalaikumsalam." jawab Azhar sambil tersenyum. Azhar menghantar Adawiah dengan pandangan matanya. 'Alangkah indahnya kalau kau sudi jadi suri hatiku, Nur Rabiatul Adawiah binti Muhammad. Namun, kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang memberi natijahnya. Mungkin bukan kau yang ditakdirkan dalam hidupku. Walaupun bagiku ia satu kerugian kerana tidak dapat memperisterikan wanita sebaik kau, namun aku harap kau akan dapat berjumpa dengan orang yang kau kasihi' desis hati Azhar sayu.

"Alhamdulillah. Allah SWT mempermudahkan urusan kita." ujar Adawiah senang. Mulutnya tidak berhenti-henti memuji Allah SWT. Kak Fatimah hanya mampu tersenyum. "Alhamdulillah. Akak tengok, saudara Azhar itu pun baik orangnya. Memahami. Namun, dah takde jodoh kata orang. Nak buat macam mana." balas Kak Fatimah. Adawiah mengerling kearah Kak Fatimah yang duduk di bahagian penumpang. Dia paham apa yang Kak Fatimah cuba sampaikan, tetapi Adawiah hanya berdiam diri. Dia tidak mahu memanjangkan cerita lagi. Baginya, cerita pasal saudara Azhar itu sudah tamat. Dia tidak mahu mengingati kisah itu lagi. "Akak nak Adawiah hantar akak terus balik rumah ke atau Kak Fatimah ada nak singgah mana-mana dulu?" tanya Adawiah sopan. "Hmm.. Adawiah ada apa-apa perkara penting nak buat ke lepas ni?" soal Kak Fatimah pula. Adawiah tersengih. Soalan dijawab dengan soalan. "Adawiah dah takde apa-apa nak dibuat dah lepas ni, Kenapa Kak Fatimah tanya?" "Kalau seharian ni Adawiah teman akak pulak boleh?" "InshaAllah boleh kak. Akak nak Adawiah temankan akak ke mana?" "Hmm... mula-mula kita pergi pasar dulu, Kak Fatimah lupa yang malam nanti keluarga akak nak datang. Jadi, akak nak belilah barang basah untuk dimasak malam nanti." "Keluarga akak yang dari Selangor tu ke? Boleh, kalau macam tu biar Adawiah bawak akak singgah pasar dulu." ujar Adawiah tenang. Kereta yang dipandu segera dihala ke pasar yang berdekatan.

Barang yang dibeli sebentar tadi segera Adawiah letak diatas meja. "Kak Fatimah nak masak apa untuk malam ni?" tanya Adawiah pantas, pandangannya ditala kearah Kak Fatimah yang berada di muka pintu dapur. Dilihatnya Kak Fatimah memegang  perutnya. "Kak Fatimah okey tak ni?" tanya Adawiah cemas. "Kak Fatimah okey je Adawiah. Akak sakit perut sebab tak makan apa-apa lagi hari ni kot. Adawiah masak boleh?" pinta Kak Fatimah sambil tangannya terus mengusap perutnya. Adawiah mengangguk. "Akak nak masak apa? Biar Adawiah masakkan." "Adawiah masak sahaja apa yang Adawiah rasa nak masak. Terpulang pada Adawiah." "Eh, Kak Fatimah cakap betul-betul ni. Akak tak kisah ke kalau Adawiah masak apa sahaja yang Adawiah nak masak?" "AKak cakap betullah ni Adawiah. Ikut Adawiahlah nak masak apa." kata Kak Fatimah segera berlalu ke tingkat atas. Adawiah menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Nak masak apa?' desis hatinya perlahan. Dia melangkah perlahan ke arah singki. Segala bahan yang dibeli sebentar tadi segera dipotong. Kuali ditenggek diatas tungku dapur. Seketika kemudian, bunyi orang memasak dan menggoreng mula kedengaran. Kak Fatimah yang berada di bilik tersenyum penuh makna.

Pintu bilik Kak Fatimah segera diketuk. "Akak, Adawiah dah siap masak dah ni. Kalau takde apa-apa lagi, Adawiah minta diri dulu. Dah nak masuk Maghrib dah ni" ujar Adawiah perlahan. Takut Kak Fatimah rasa terganggu dengan ucapannya. Seketika kemudian, pintu bilik terbuka. Muka Kak Fatimah terjengul dari dalam. "Adawiah makan dekat rumah akak malam ni tak boleh ke? Lepas solat Isya' baru Adawiah balik. Boleh?" soal Kak Fatimah mengharap. "Tapi..." Adawiah ragu-ragu untuk menjawab. "Bolehlah ye Adawiah. Lagipun, Kak Fatimah nak kenalkan Adawiah dengan  Umi dan Abi akak." pinta Kak Fatimah lagi. Adawiah menjadi serba-salah untuk menolak apabila melihat kesungguhan Kak Fatimah. "Hmm... kalau macam tu, biar Adawiah telefon rumah dulu. Nak beritahu Umi Adawiah yang Adawiah tak balik makan malam." jawab Adawiah segera meminta diri untuk menelefon Uminya.

"Assalamualaikum." salam kedengaran dari luar. Adawiah dan Kak Fatimah saling berpandangan. "Waalaikumsalam. Mereka dah sampai." ujar Kak Fatimah teruja. Adawiah mengangguk. Lantas, Kak Fatimah segera menyambut kedatangan keluarganya dengan mesra. Adawiah segera mengikut. "Apa khabar anak umi yang satu ni? Sihat?" soal umi Kak Fatimah setelah berbalas pelukan. Terpancar kegembiraan dimukanya. "Alhamdulillah Fatimah sihat umi. Umi, kenalkan, ini kawan sepejabat Fatimah. Nur Rabiatul Adawiah binti Muhammad." tutur Kak Fatimah sambil memperkenalkan dirinya. Adawiah lantas bersalaman dengan umi Kak Fatimah. Adawiah merasa sedikit terkejut apabila umi Kak Fatimah menarik dirinya kedalam pelukan. Dia terharu. Begitu sekali umi Kak Fatimah menyambut dirinya. Dia lantas membalas pelukan umi Kak Fatimah. Dia merasa satu kebahagian. Seolah-olah mereka  sudah lama kenal. "Rabiatul ye?" tanya umi Kak Fatimah. "Ya Umi." jawab Adawiah sopan. Dia segera menggelarkan umi Kak Fatimah dengan panggilan 'umi' kerana dia merasakan bahawa dengan cara itu, mereka tidak akan berasa kekok. Umi Kak Fatimah tersenyum. Senang dengan panggilan yang digunakan oleh Adawiah. "Umi, Abi, masuklah dulu. Rehat-rehatlah dulu. Nanti Fatimah siapkan makan malam." "Hah, yelah. Abi pun nak mandi dulu ni. Melekit-lekit dibuatnya." jawab Abi Kak Fatimah lalu berlalu ke tingkat atas. Menuju ke bilik tetamu untuk mandi. Adawiah segera melangkah ke dapur untuk menyiapkan minuman untuk Umi dan Abi Kak Fatimah. Sementara Adawiah di dapur, Fatimah bertanyakan kepada uminya. "Umi, Fatimah tak nampak pun Fi?" tanya Fatimah dengan suara yang perlahan. Takut didengari oleh Adawiah yang berada di dapur. "Ada dekat luar tu. Dia pergi ambil beg." jawab umi Kak Fatimah. Seketika kemudian, muncul adiknya di muka pintu. "Assalamualaikum kak." sapanya sambil menyalami tangan akaknya. "Waalaikumsalam. Hah, pergi naik atas dulu. Mandi. Nanti dah siap, turun bawah untuk makan." tegur Kak Fatimah lembut kepada satu-satunya adik kesayangannya. Adiknya segera berlalu ke tingkat atas. Setelah kelibat adiknya hilang dari pandangan, Fatimah memandang uminya pula. Uminya tersenyum kearahnya. Beberapa minit selepas itu, Adawiah datang sambil menatang beberapa gelas minuman ke ruang tamu.

"Susah-susah pulak Rabiatul ni. Maaflah kalau umi menyusahkan Rabiatul." tutur umi Kak Fatimah. "Apa umi cakap macam tu? Rabiatul tak rasa susah pun." balas Adawiah senang sambil tersenyum. "Untung siapa yang memperisterikan Rabiatul ni. Baik orangnya." ujar umi Kak Fatimah lagi sambil mengelus lembut tangan Adawiah. Adawiah menggelengkan kepalanya. "Rabiatul tak sebaik yang umi cakap. Rabiatul ada banyak lagi kekurangan." jawab Adawiah lemah. Umi Kak Fatimah tersenyum. "Kalau umi nak tanya sesuatu dekat Rabiatul boleh?" tanya umi perlahan. Mata Adawiah segera direnung. Adawiah mengangguk. "InshaAllah, kalau Rabiatul boleh menjawabnya, Rabiatul akan jawab. Umi nak tanya apa?" soal Adawiah lembut. "Umi ada dengar dari anak umi, Fatimah yang Rabiatul belum berpunya lagi. Kalau boleh, umi nak tahu. Ciri yang macam mana Rabiatul nak pada suami Rabiatul tu?" tanya umi Kak Fatimah tenang. Adawiah yang mendengar terkesima. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan umi Kak Fatimah. Dia memandang Kak Fatimah dan uminya bersilih-ganti. Nafas ditarik perlahan sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Dengan tenang, Adawiah memandang wajah umi Kak Fatimah. Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia sudah jatuh sayang pada umi Kak Fatimah. "Rabiatul nak, sekiranya Rabiatul jatuh cinta, Rabiatul nak rindu pada seseorang yang merindui syahid di jalan Allah SWT. Rabiatul nak menyentuh hati orang yang hatinya telah terpaut pada Allah SWT. Rabiatul nak, orang yang Rabiatul cintai itu dapat membimbing Rabiatul agar tidak lalai dari merindui syurga Allah SWT. Rabiatul nak, dia seorang yang boleh menjadi imam kepada Rabiatul dan anak-anak kami pada masa akan datang." ujar Adawiah perlahan. Dia menundukkan wajahnya. "Alhamdulillah. Sejuk hati  umi dengar Rabiatul jawab macam tu." jawab umi Kak Fatimah gembira. Dia segera memeluk Adawiah. Adawiah yang pada mulanya terpinga-pinga, membalas juga pelukan itu. 'Ya Allah, Kau dekatkanlah hati-hati ini Ya Allah.' doa Adawiah di dalam hati.

"Ni kenapa ada drama bagai ni?" sergah Abi Kak Fatimah membuatkan pelukan Adawiah terlerai. Adawiah tersenyum malu. Segan ditangkap oleh Abi Kak Fatimah. "Awak ni, buat saya terkejut saja." marah umi Kak Fatimah, manja. Abi hanya ketawa melihat tingkah Adawiah yang seolah-olah malu itu. "Fatimah, dah siap makanannya? Abi dah lapar sangat ni." ujar Abi Kak Fatimah lagi. Kak Fatimah mengangguk. "Mari semua kita makan dulu." Adawiah segera berlalu ke dapur. "Itu ke budaknya Fatimah?" tanya Abi perlahan. FAtimah segera mengangguk. Mengiakan kata-kata abinya itu. "Kalau itu budaknya, Abi pun setuju." balas Abi sambil memandang kearah anaknya yang bongsu itu. Anaknya itu membalas pandangannya dengan tenang. 

"Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami serta menjadikan kami orang Islam. Amin. Abi gembira sungguh sebab anak dara abi ni makin lama makin mahir memasak. Alhamdulillah. Sedap Fatimah masak." ujar abi sambil memandang kearah anak daranya, Fatimah dengan muka berseri-seri. "Abi ni, bukan Fatimah yang masak semua lauk ni. Adawiah yang masak. Fatimah mana reti masak lauk sesedap ni." ujar Kak Fatimah merendah diri. "Ya Allah, betul ke Fatimah? Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyaklah Rabiatul sebab masak yang sedap-sedap untuk kami sekeluarga." tutur abi Kak Fatimah bersungguh-sungguh. Adawiah hanya mengangguk. "Segala pujian abi tadi semuanya milik Allah SWT." Adawiah menyambung. Dia tidak berani mengangkat mukanya. Seingatnya, hanya Umi dan Abi Kak Fatimah sahaja yang datang, rupa-rupanya adik lelaki Kak Fatimah juga hadir. Dia hanya menyedari kehadiran adik Kak Fatimah itu sewaktu berkumpul hendak makan. Ketika itulah dia baru menyedari akan kewujudan adik Kak Fatimah itu. Sebenarnya dia betul-betul tidak selesa ketika itu. Adawiah segera mengangkat pinggan-pinggan kotor ke dalam singki untuk dibasuh. Dia cuba keluar dari meja makan itu. Nafas yang berat dilepaskan apabila dia berada di hadapan singki. Barulah dia boleh bergerak bebas kini. Segala pinggan yang digunakan sebentar tadi dibasuh. Jam dinding dikerling. '8.45 malam. Dah nak masuk waktu Isya'. ' desis hatinya perlahan. "Adawiah lekas. Kita berjemaah sama-sama" ujar Kak Fatimah secara tiba-tiba, mengejutkan dirinya. Dia pantas mengangguk. Basuhannya dicepatkan. Setelah siap, dia bergegas ke bilik air untuk mengangkat wudhu'. Telekung dipakai dan dia segera memenuhkan saf wanita. Imamnya ialah abi Kak Fatimah. "Hanafi, kamu iqamat" suruh abi Kak Fatimah. Tanpa membuang masa, Hanafi, adik lelaki Kak Fatimah pun segera iqamat. 'SubhanaAllah. Syahdu sungguh.' detik hatinya. Selepas habis, abi Kak Fatimah pun mula mengimamkan solat Isya'. Usai solat, doa abi Kak Fatimah benar-benar menyentuh hati wanitanya. Hatinya menangis. Hatinya benar-benar tersentuh. Dia menangis dalam diam. Selepas mengaminkan doa, Adawiah segera bersalam-salaman dengan Kak Fatinah dan umi Kak Fatimah. Sesungguhnya dia berasa sangat gembira kerana diberi kesempatan untuk berkenalan dengan keluarga Kak Fatimah. 'Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan mereka kepada hambamu ini.' doanya perlahan.

"Umi, Kak Fatimah, saya balik dulu. Dah malam ni. Takut Umi risau pulak nanti. Kak Fatimah terima kasih atas segalanya. Umi, maafkan Rabiatul kalau selama bersama dengan umi, umi terasa dengan tingkah Rabiatul." ujar Adawiah perlahan sambil mencium tangan umi Kak Fatimah. "Rabiatul takde buat apa-apa salah dekat umi pun sayang." jawab umi Kak Fatimah sambil mencium kedua-dua belah pipi Adawiah. Adawiah terasa bahagia kerana umi Kak Fatimah melayannya seperti anaknya sendiri. "Saya pulang dulu. Assalamualaikum." tutur Adawiah sambil melangkah kearah keretanya. Umi Kak Fatimah hanya mengangguk. "Pandu hati-hati ya nak" pesan umi Kak Fatimah. Adawiah mengangguk. Dia meninggalkan perkarangan rumah Kak Fatimah dengan sebuah hati yang dia sendiri tidak mampu mengerti. Sesungguhya dia amat berharap dapat bertemu dengan Umi Kak Fatimah sekali lagi. Dia memandu pulang ke rumahnya dengan tenang.

Seminggu kemudian, dia diberitahu kakaknya, Aishah bahawa ada orang yang masuk meminang dirinya. Adawiah buntu. Sebelum dia berangkat pergi kerja pada hari itu, akaknya sempat berpesan kepadanya. "Adawiah, pinangan kali ini, akak harap sangat kamu tak tolak. Kamu buatlah keputusan yang terbaik. Akak rasa dia adalah calon yang benar-benar terbaik buat kamu. Mintalah petunjuk dari Allah SWT. Akak harap, akak akan dapat jawapan yang positif dari kamu. Fikir-fikirkanlah kata-kata akak ni." ujar Kak Aishah sebelum berlalu ke dapur. Adawiah termenung. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meminta pertolongan dariNya. Sesungguhnya Allah SWT itu lebih Maha Mengetahui. Malam itu, dia bangun dari tidur seperti biasa. Dia melakukan qiamullail. Seusai qiamullail, dia segera membuat solat sunat Istikharah. Dia benar-benar menyerahkan dirinya. Dia bersungguh-sungguh memohon petunjuk dari Allah. Pintanya, andai pinangan yang datang ini adalah jodohnya, maka tunjukkanlah petandanya. Andai bukan, dia pasrah. Adawiah melakukan solat sunat Istikharah selama tiga hari berturut-turut. Hari yang keempat, dia sudah membuat keputusannya. Dia yakin, Allah SWT itu Maha Mengetahui akan tiap sesuatu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Pintu bilik akaknya diketuk perlahan. Tombol pintu dipulas. "Kak Aishah, boleh adik masuk?" ujarnya penuh hormat. "Masuklah Adawiah." balas akaknya memberi izin. Pantas kaki Adawiah mengatur laju kearah akaknya. Punggungnya dilabuhkan disisi kakaknya. "Akak, Adawiah dah ada jawapannya. Kalau akak rasa pinangan kali ini benar-benar yang terbaik buat adik, adik terima kerana Allah SWT." tuturnya tenang. Aishah terkedu. "Betul ke apa yang adik cakap ni? Adik tak main-main?" soal akaknya bertalu-talu. "InshaAllah. Adik terima pinangan kali ini." jawabnya lagi tenang. "Alhamdulillah. Adik nak kenal dulu ke dengan tuan empunya?" soal akaknya gembira. Adawiah faham akan perasaan akaknya yang risau dia tidak akan dapat mendirikan rumahtangga pada usianya yang sudah menginjak ke-25 tahun. Adawiah pantas menggeleng. "Biarlah. Buat masa ini, adik tak nak tahu siapa yang masuk meminang tu. Nanti bila dah sampai masanya, adik akan tahu juga. Akak buatlah apa yang patut. Adik terima sahaja keputusan akak." jawabnya memberi kata putus. Akaknya lantas memeluk dirinya erat sambil memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Sudah empat bulan berlalu. Selepas dia memberi kata putus kepada akaknya, dua minggu selepas itu dia bertunang. Dia masih tidak tahu, siapakah tunangnya. Kerana pada hari pertunangan itu, keluarga pihak lelaki tidak dapat datang kerana mereka terpaksa ke luar negara atas urusan tertentu. Yang menyarungkan cincin pertunangan itu adalah ibu saudara kepada tunangnya. Pada hari ini, dia akan diijabkabulkan. Hatinya berdebar. Dia agak sedih kerana Kak Fatimah tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya. Menurut Kak Fatimah, adiknya yang bongsu itu turut kahwin pada hari ini. Adawiah pasrah. Akhirnya, waktu yang dinanti-nantikan tiba. Hatinya tidak semena-mena berdebar-debar. "Aku terima nikahnya, Nur Rabiatul Adawiah binti Muhammad dengan mas kahwinnya sebanyak RM 20.50 tunai." "Sah." "Sah." Maka, dengan ini sahlah Adawiah sebagai  isteri. "Alhamdulillah." ucap satu suara yang tidak asing lagi di pendengaran Adawiah. Adawiah segera menoleh kearah tersebut. Dia terkejut. Kak Fatimah! Kak Fatimah hanya tersenyum kearahnya. Adawiah terpinga-pinga. Apa yang berlaku sebenarnya? Dia tidak mengerti. Seketika kemudian, dia ditegur oleh akaknya. Pengantin lelaki pun datang untuk upacara pembatalan air sembahyang. Tangan yang dihulur, Adawiah sambut dengan penuh sopan. Saat dia mengangkat wajah, dia sekali lagi terkejut. Hanafi! Ya, lelaki dihadapannya ini ialah Hanafi, adik bongsu Kak Fatimah. Adawiah semakin tidak mengerti akan suasana yang sedang berlaku. Dia buntu. "Terima kasih sayang, kerana sudi menerima abang sebagai suamimu" ujar suaminya halus di telinganya. Terkesima. Dia memandang kearah suaminya itu dan Kak Fatimah silih berganti. Memohon penjelasan dari mereka. Namun, mereka hanya tersenyum dengan penuh kesyukuran. 

Selesai mengemas, Adawiah lantas masuk ke dalam bilik. Hajatnya, dia ingin mandi kerana badannya sudah melekit-lekit. Usai dia mandi, dia lantas mengerjakan solat Isya' yang sudah lama masuk. Sejurus itu, dia tertidur dalam kepenatan dengan keadaan dirinya bertelekung. "Sayang, bangun sayang." ujar satu suara yang sayup-sayup di pendengarannya. Badannya digoncang lembut beberapa kali. "Sayang, bangun. Kita solat subuh berjemaah." ujar suara itu lagi. Adawiah bangun terpisat-pisat. Sekitar biliknya dipandang penuh hairan. 'Eh, ini bilik aku ke?' desis hatinya pelik. Dia tidak ingat pulak yang biliknya berhias secantik ini. Bertambah pelik apabila dia dapati yang dia berada diatas katil. Seingatnya, dia tertidur seusai dia menunaikan solat Isya'. Macam mana dia boleh berada di atas katil? "Sayang, bangun cepat ni. Kita solat jemaah bersama-sama." ujar suara itu lagi. Adawiah pantas menoleh kearah pemilik suara itu. Dia terkejut. Sedikit demi sedikit, ingatannya kembali. Ya! Dia sudah menjadi isteri orang. Dan suaminya itu adalah adik Kak Fatimah.Maknanya, malam tadi suaminya itulah yang telah mengangkat dia ke atas katil? Ya Allah. Malunya! kemudian, dia teringat akan pesanan abinya yang suruh taat akan kata-kata suami, dia lantas bangkit dari tidurnya dan menuju ke kamar mandi. Beberapa minit kemudian, dia sudah pun berdiri di atas sejadah. Suaminya mengimamkan solat subuh pada hari itu. Adawiah merasakan satu kelainan. Dia merasa begitu tenang sekali. Akhirnya, ada seorang suami yang boleh dia bergantung harap. Dia bersyukur kerana mendapat suami yang baginya begitu baik sekali. Saat suaminya membaca doa, Adawiah menangis. Dia merasa begitu gembira dan terharu. Selepas mengaminkan doa tadi, dia pantas mengucup lembut tangan suaminya yang sah. Seketika kemudian, suaminya mengucup dahinya dengan penuh kasih sayang. "Terima kasih sekali lagi sayang, kerana sudi menerima abang dengan seiklas hati untuk menjadi suami sayang." ujar suaminya lembut. Adawiah menggeleng pantas. Wajah suaminya ditatap. "Bukan abang yang perlu berterima kasih, sebaliknya sayang yang perlu berterima kasih kepada abang kerana sudi mejadikan sayang sebagai suri hidup abang." tutur Adawiah perlahan. Dia sedar, dia punya banyak lagi kekurangan. Disaat itu, dia menanamkan tekad, bahawa dia akan cuba menjadi isteri yang solehah buat suaminya.


Keesokan harinya, Adawiah berkunjung ke rumah mertuanya. Ketika itu, umi tiada di rumah. Kak Fatimah yang menyambut kedatangannya. Kak Fatimah mendakap erat Adawiah, yang kini merupakan adik iparnya. "Adawiah sihat?" tanya Kak Fatimah lembut. "Alhamdulillah kak. Adawiah sihat." balas Adawiah lembut. Kak Fatimah membawanya ke laman rehat. "Akak minta maaf ya Adawiah. Sebab akak tak beritahu kamu hal yang sebenar." ujar Kak Fatimah serba salah. Adawiah hanya menggeleng. Suaminya pun ada meminta maaf kepadanya selepas mereka solat subuh berjemah bersama-sama. Alasannya, sebab berahsia. "Tak mengapalah kak. Lagipun bukan salah akak. Salah Adawiah juga. Siapa suruh Adawiah tak nak ambil tahu siapa nama tunang Adawiah." balas Adawiah senang. Dia tidak kisah akan semua tu. Baginya, dia tidak merasa terluka pun dengan perbuatan mereka. Malah, Adawiah merasa bersyukur atas apa yang berlaku. Menurut suaminya, pada hari mereka datang berkunjung ke rumah Kak Fatimah, memang tujuan mereka adalah untuk melihat dirinya. Kak Fatimah sering bercerita perihal dirinya kepada keluarganya. Umi Kak Fatimah yang kini ibu mertuanya, teringin hendak menjumpai dirinya. Oleh itu, apabila umi bertemu dengannya, umi terus ingin menjadikan dirinya sebagai menantu. Adawiah merasa pelik. Mengapa suaminya itu bersetuju atas permintaan umi dan abi. Bukankah dia mempunyai pilihan untuk tidak bersetuju? Apabila ditanya, suaminya lebih suka tersenyum dan berdiam diri. "Akak, Adawiah nak tanya sesuatu ni." tanya Adawiah berhati-hati. Kak Fatimah mengangkat keningnya sebagai tanda 'apa?'. Adawiah memandang sekelilingnya. Melihat sekiranya suaminya ada di sekitar mereka. Setelah pasti suaminya tiada, Adawiah terus bertanya kepada Kak Fatimah tentang bagaimana suaminya boleh bersetuju untuk menjadikan dia sebagai isteri. Kak Fatimah yang mendengar, tertawa halus. Wajah Adawiah dipandang dengan penuh kasih. "Hanafi tu dah lama berkenan dengan kamu. Masa pertama kali akak bercerita perihal kamu kepada umi, dia turut memasang telinga. Buat-buat tak ambil kisah, kononnya. Dah kalau akak asyik bercerita pasal kamu, dia pun nak tahu jugaklah kamu ni macam mana orangnya? Betul ke apa yang akak cerita selama ini? Walaupun dia tidak beritahu perasaan dia, akak sebagai akaknya dapat membaca setiap gerak geri dia. Pasal tu akak beritahu umi dan abi. Bila akak cerita, itu yang mereka bercadang datang ke rumah akak. Untuk bertemu dengan kamu sendiri. Akak bersyukur sangat sebab dapat Adawiah sebagai adik ipar akak. Lagipun kamu dah berjaya mengikat perut dia. Masakan yang kamu masak malam tu, semuanya makanan kegemaran dia. Itu yang dia makin bertambah sayang tu." jawab Kak Fatimah tenang. Adawiah mendengar kata-kata akak iparnya dengan perasaan tidak percaya. 'Patutlah suami aku tak nak beritahu kenapa dia bersetuju untuk mengambil aku sebagai isterinya. Alahai suamiku.' desis hati Adawiah sambil tersenyum. Seketika kemudian suaminya pun datang menghampiri mereka. Kak Fatimah meminta diri untuk berlalu ke dalam bagi membuat minuman. Kini, tinggal mereka berdua sahaja di laman rehat itu. Adawiah memandang wajah suaminya dengan penuh kasih sayang. Dia perasan yang suaminya mempunyai wajah yang tenang dan kacak berkaca mata. Dia tersenyum. Alhamdulilllah. Seolah sedar dirinya diperhati, suaminya memandang kearahnya. "Terima kasih kerana sudah lama mencintai sayang." tutur Adawiah lembut. Jelas suaminya kelihatan terkejut dengan kata-katanya. Kemudian suaminya mengucup lembut dahinya. "Nampaknya, sayang dah tahu. Tak dapatlah abang nak berahsia dengan sayang. Akhirnya abang dapat bertemu dengan seseorang yang merindui akan syurgaNya. Abang cintakan sayang kerana Allah SWT. Semoga kita melayari bahtera rumahtangga ini dengan sikap-sikap yang Rasulullah SAW semaikan dalam rumahtangga beliau. InshaAllah." jujur suaminya memberitahu. Adawiah pantas menyeka air mata yang baru sahaja gugur. Dia mengangguk laju. Alhamdulillah. Allah SWT telah mempertemukan dia dengan seorang suami yang mampu memimpinnya ke jalan yang diredhai Allah SWT. 'Ya Allah, Kau makmurkanlah rumahtangga kami Ya Allah' pintanya tulus.




-TAMAT-

p/s: saya saja cuba-cuba untuk menulis. cuba nak memperbaiki gaya penulisan. ini cuma nak testing sahaja. ^^

Thursday 8 December 2011

:: maafkan saya ::

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh... 

syukur alhamdulillah kerana kita masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. apa khabar sekalian?? harap-harap sihat walafiat hendaknya. hari ini, saya terbaca satu entry yang amat menarik bagi saya. 'MAAF'. ya! perkataan maaf yang selalu kita ungkapkan sekiranya kita membuat sesuatu kesalahan. ^_^ 
ada sesetengah orang itu menuturkan kata-kata "maafkan saya. saya tak sengaja". tapi, adakah ia benar-benar memaksudkannya?? waallahualam~ 




sekarang, apakata kita renung-renungkan dulu?? ikuti kisah dibawah yang saya ambil dari saudara hilal kerana merasakan entry yang ditulis beliau amat menarik untuk dikongsikan bersama...



Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?"
Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."
Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.

Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.
Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.
"Pinjam phone awak, sayang."
"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.
Si isteri terdiam.
Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.
"Maafkan saya." Dia bersuara.
Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.
"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.
"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.
"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"
Diam.
"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"
Diam. Air mata mula mengalir.
"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"
Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.
Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:
"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."


Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.


p/s: biarlah ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta maaf kepada seseorang. baik kepada manusia, ataupun kepada yang Khaliq, Allah swt... ^^ pernah tak kita terfikir?? tentu tidak bukan?? tentu kita lebih mementingkan apa yang kita rasa.. Ya Allah... permudahkanlah urusan kami di ats muka bumi ini. amin...